villakamimicasamawar

Monday, May 7, 2018

Kuih Lapis Gula Merah

ASSALAMUALAIKUM WBT...
Holla...

Hai, hangpa...hari ni maraton update blog ✌...hehehee...

Jom makan kuih lapis, Selalu kita makan kuih lapis kaler merah putih tapi kali ni kita buat kuih lapis gula merah.  Sedap tau, rasa macam dodol dak danial kata...yer kot sebab rasa lemak manis gula merah kan.  Yang pasti memang cik Nor suka sangat rasa kuih lapis ni lembut, lemak manis dan wangi baunya... terima kasih kepada tuan punya resepi, AZLINA @ TERMINAL HIJRAH.

Bahan-bahannya pun sangat mudah, jadi rugilah kalau tak cuba buat kan...


KUIH LAPIS GULA MERAH
Loyang 8x8 inci / 9x9 inci

Bahan A
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
1/4 cawan tepung jagung
2 cawan santan pekat (cik Nor guna santan KARA)
2 cawan air

Bahan B
2 cawan air
1 1/4 cawan gula kastor
1/2 sdt garam halus
2 helai daun pandan
----masak semua bahan hingga gula larut, kemudian sejukkan.

Bahan C
1 cawan gula merah
1/2 cawan air
2 helai daun pandan
----masak semua bahan hingga gula larut, kemudian tapis dan sejukkan.

Bahan D
1/2 cawan santan pekat (santan KARA)

Cara-cara:

  • Satukan Bahan A, masukkan Bahan B.  Kacau hingga sebati. (kemudian cik Nor tapis supaya adunan tidak berketul-ketul).
  • Bahagikan adunan tersebut kepada 2 bahagian, pastikan sama banyak.
  • 1 bahagian dicampurkan dengan Bahan C, kacau sebati.  1 bahagian lagi campur dengan Bahan D, kacau sebati.
  • Sapu loyang dengan sedikit minyak, kemudian lapik dengan plastik.
  • Masukkan adunan gula merah, kukus 7 minit.
  • Lapiskan pula dengan adunan santan (putih), kukus 7 minit.
  • Ulang proses melapis hingga adunan habis (warna putih bahagian atas sekali).  Kukus selama 20 minit untuk lapisan yang terakhir.
**TIPS**
untuk dapatkan permukaan yang licin dan cantik serta tidak berair selepas siap mengukus, buka penutup periuk pengukus kukus lagi 7-10 minit tanpa menutup periuk kukus.



Kene tunggu betul-betul sejuk supaya kuih lapis cantik apabila dipotong.  
Biasanya kalau nak minum petang cik Nor akan buat awal pagi.  
Kalau nak makan untuk sarapan opkos ler kene buat di malam hari.

Mutu gambar kurang memuaskan...kurang cahaya kot tu pasal nampak blur

Sudah sejuk...marilah kita potong.  


Elok jer beratur...jom makan!

Resepi ni sangat-sangat menepati citarasa cik Nor.  Boleh la buat koleksi menu bulan puasa untuk hantar kat umah jiran sebelah.  Rare sebab kat Bazar Ramadhan Jerantut tak ada jual kuih lapis gula merah ni...hehehee...

Selamat mengukus...HAPPY COOKING! πŸ˜‰

Kaya Ball

ASSALAMUALAIKUM WBT...
Holla...

Hai, hangpa! 😎  Alahai...rupanya banyak entry dalam draft. punya la lama tak bersiaran di sini. Nak make over rupa blog pun tak berapa sempat lagi...dulu banyak sangat masa make up-make up blog sekarang ni kalau dapat update entry pun dah rasa macam nak lompat bintang😁

Okay kita nak save resepi Kaya Ball tapi buat guna acuan bahulu cermai versi cik Kesuma #jangankecamsaya πŸ˜…...boleh lah kan, rupa tak sama janji rasa sama...hahaha
Comel kan kaya ball kita...hikhikπŸ˜„
KAYA BALL

Bahan-bahan:
250 ml susu cair
150 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung
40 gm gula icing
1 sdt yis
1/4 sdt garam halus
2 biji telur
1 sdt esen vanilla
60 gm butter cair

Filling - kaya / peanut butter / coklat

Cara-cara:

  • Tepung, yis, gula, garam disatukan.
  • Masukkan telur, susu kemudian gaul sebati.
  • Rehatkan adunan 1 jam.
  • Kemudian masukkan butter cair gaul hingga sebati.  Rehatkan 5 minit.
  • Panaskan acuan, sapu minyak.
  • Sudukan sikit adunan letak inti tutup inti dengan sedikit adunan.  Tutup acuan dengan penutup tungga hingga masak.
  • Kalau sudah masak bolehlah keluarkan dari acuan.
  • Ulang proses yang sama hingga habis adunan. 


Masukkan sedikit adunan, letakkan inti.

Masukkan sedikit lagi adunan sampai menutupi inti.

Tutup acuan dengan tudung periuk.
(Kebetulan tudung periuk ni ngam-ngam dengan acuan).

Bila dah masak bolehlah keluarkan kaya ball tu daripada acuan.
No worries senang nak keluarkan, cungkil guna lidi sate jer.


Okay dah keluar pun...nampak sedap kan πŸ˜‹


Guna acuan kiut tu memang dapat banyak sangat...makanlah sampai lebam...hahahaa...


Itu inti dalamnya.  Inti ni ikut sukalah nak guna kaya ke, coklat ke atau peanut butter...semuanya sedap. Tapi kalau kanak-kanak riang memang coklat lah yang menjadi pujaan hati.

Yang ini kita masukkan ke dalam tupperware untuk dibawa ke rumah bonda tersayang...

Okay selamat memasak.  HAPPY COOKING! πŸ˜‰

Limpa Masak Jintan Cara Philips Pressure Cooker

ASSALAMUALAIKUM WBT...
Holla...

Hai, hangpa...jom kita masak-masak guna PPC a.k.a. Philips Pressure Cooker.  Malas nak merepek sangat lah kali ni pasal dah banyak entry tertunda...(xmau cakap pasaipa sebuk sangat, klise...hahaha)

Limpa masak jintan, menu favourite encik Shuben terchenta ni tau. Jom kita semak resepi.



LIMPA MASAK JINTAN

Bahan-bahan:
400 gm limpa (potong kiub cuci bersih, toskan)
2 sdb jintan manis*
1 inci halia*
1 biji bawang besar*
2 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
2 batang serai*
sedikit kunyit hidup / boleh juga kalau nak guna serbuk kunyit*
8 tangkai cili padi (kalau nak pedas boleh tambah)*
1 sdb sos titram
1/2 cawan air
garam secukup rasa
sedikit air asam jawa
sedikit gula
minyak untuk menumis
2 helai daun limau purut (optional)

Cara-cara:
  • Kisar semua bahan bertanda *
  • On kan PPC, guna mode BAKE pilih Chicken / Fish, panaskan minyak.
  • Bila minyak sudah panas tumiskan bahan kisar, masak hingga pecah minyak.
  • Masukkan limpa gaul supaya rempah menyalut limpa. Masukkan 1/2 cawan air. Tutup PPC, pusing tombol ke arah SEAL.  Pilih mode Bean / Tendon, tekan KPT set masa 45 minit. Kemudian tekan START.
  • Bila bunyi beep, tunggu sekejap. Bila dah release pressure baru buka penutup.
  • Kemudian guna mode BAKE pilih Chicken / Fish, tekan START.  Masukkan air asam jawa, garam, gula dan sos tiram.
  • Masukkan daun limau purut kemudian masak hingga kuah pekat. 


Guna function BAKE untuk menumis.  Boleh jer nak pilih Fish atau Chicken sebab just nak menumis.
Tumis sampai wangi dan pecah minyak.


Masukkan limpa kemdian gaul rempah hingga menyaluti limpa.

Masukkan 1/2 cawan air.

TARAaaaa...dah siap! Dah boleh makan dengan nasi panas atau makan dengan ketupat, lemang.

Selamat mencuba.  HAPPY COOKING! πŸ˜‰πŸ˜‹

Sunday, October 29, 2017

Panduan Masak Ketupat Mini Guna Philips Pressure Cooker (PPC)

Assalamualaikum...
Holla!

Excited nak share guna Philips Pressure Cooker (PPC)...heehee
Baru beli la katakan jd excitednya tu lebih sikit.  Lagi pun sng nnt nak rujuk boleh jer cari kat sini.  Sebenarnya susah naw nak cari entry masak guna PPC ni tu pasal la hati ini terpanggil-panggil nak up cara masak guna PPC kt blog kita...

Untuk first interframe PPC ni kita up cara masak ketupat mini. Cinta Hati kita suka sangat sbb ketupat lembut elok. Kalau tidak sebelum ni dia memang tak suka makan ketupat mini sebab dia kata keras...penyudahnya kita kenalah buat nasi impit tiap kali nak makan lontong atau soto...Nasi impit bukan susah nak buatnya cuma jangka hayat ketahanannya tak berapa nak lama cepat naw basi.  Buat sikit tak cukup, buat banyak tak habis dah membazir sebab basi...huhuuu...
Inilah PPC kita, beli kat Lazada...offer time tu RM315. 
Bolehlah kannn...
 nak beli brand yg jd kegilaan ramai tu kita mampu tengok jer sbb
 poket tak berapa nak mampu...hahahaa

Langkah-langkah:

  • Masukkan ketupat mini (kita guna ADABI) - boleh masukkan hingga 30 - 33 biji
  • Masukkan air hingga tenggelam ketupat.
  • Tutup periuk, pusingkan pressure regulator valve (tombol) pada SEAL.
  • Pilih mode RICE, tekan start nanti auto kpt 14 min (mmg tak boleh adjust masa klu amik mode RICE.).
  • Kemudian tunggu bunyi beep...maknanya dah siap.  JANGAN terus buka tutup tu, tunggu lbh kurang 10 min atau biar hingga tekanan tu release sendiri. Lepas tu ambil tuala dapur letak pada pressure regulator valve, gunakan sudip pjg atau yg sewaktu dengannya tolak tombol tu pada valve.  Tunggu hingga wap habis keluar baru buka penutup PPC.
**** Hari tu kita ulang 2 kali proses masak (keseluruhan masa 28 min) sebab nak bagi ketupat tu tak nampak biji-biji beras. Masa kali pertama masak tu ketupat dah masak lembut tapi nampk still biji-biji beras tu pasal ulang masak lg sekali. Rasanya lps ni akan guna mode steam kot sbb boleh adjust masa. Mode STEAM boleh adjust antara 5- 59 min. Nanti kita update balik yer.

Sharing is Caring  

Sunday, October 1, 2017

Mushroom and Cheese Wholemeal Buns

Assalamualaikum wbt...
Holla...just want to share my new recipe (^_^)

MUSHROOM AND CHEESE WHOLEMEAL BUNS

BAHAN BUN
270 g susu segar / 4 tbs susu tepung + 270 g air dingin
1/2 tsp garam halus
30 g butter
30 g gula kastor
1 tsp k-Fine cream / bread softener
300 g tepung high protien
100 g tepung wholemeal
10 g yis kering

INTI TOPPING
1 tin cendawan butang - hiris
2 ulas bawang putih
1 sdb minyak zaitun

  • Panaskan minyak zaitun, tumis bawang putih hingga wangi.
  • Masukkan cendawan butang dan garam, gaul-gaulkan hingga mesra.
  • Matikan api dan sejukkan sebelum diletakkan atas bun.

BAHAN TOPPING
Keju cheddar parut secukupnya
Mayonis secukupnya

KAEDAH MENGGUNAKAN BREADMAKER

  • Masukkan bahan-bahan ikut urutan dalam breadmaker.
  • Tekan butang nombor 8 (Dough) - ulang step ini 2 kali.
  • Rehatkan doh selama 1 jam.
  • Keluarkan doh, tumbuk-tumbuk buang angin.
  • Timbang doh 35 - 40 gm kemudian bulat-bulatkan (boleh refer pada gambar)
  • Bila doh sudah kembang, tekan bahagian tengahnya.
  • Letakkan cendawan, keju cheddar parut dan mayonis dalam lubang yang ditekan tadi.
  • Rehatkan lagi 20 minit.
  • Bakar dalam oven yang telah dipanaskan. Suhu 170c selama 18 minit.
  • Angkat bun yang sudah masak dan sapukan butter semasa masih panas.
  • Sejukkan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
KAEDAH ULIAN TANGAN
  • Masukkan semua bahan kering dalam mangkuk besar kecuali butter dan garam. Gaul-gaulkan.
  • Tuang susu sikit-sikit sambil diuli. Kemudian masukkan butter dan garam, terus uli hingga doh jadi licin dan elastik.
  • Rehatkan doh selama 1 jam (tutup bekas dengan tuala basah).
  • Kemudian keluarkan doh dari mangkuk, tumbuk-tumbuk keluarkan angin.
  • Timbang doh 35 - 40 gm, bulat-bulatkan.
  • Langkah seterusnya boleh refer gambar.

Proses ulian menggunakan breadmaker. 

Rehatkan doh hingga kembang, 1 jam.

Gelek doh yang sudah dibulatkan menggunakan rolling pin.

Rehatkan doh, bila sudah kembang tekan bahagian tengah supaya berlekuk (boleh tekan guna belakang sudu). Kemudian letakkan cendawan,


tabur keju cheddar yang diparut dan

paipkan mayonis...

Taburkan Italian Herbs atau Parsley Leaves (kalau suka laa...)

Rehatkan selama 20 minit sebelum dibakar.

Keluarkan dari oven terus sapu dengan butter. 

Sejukkan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara supaya bun kekal lembut.

- HAPPY BAKING -

Saturday, July 22, 2017

Roti Jala

Assalamualaikum wbt...
Holla semua!

cikNor nak share resepi roti jala kakak ipar cikNor sebab roti jalanya sedap dan lembut walaupun hingga ke petang hari dik non yer. Resepi yang cikNor share ni untuk 1kg tepung gandum.  Sesuai la kalau nak buat jamuan makan-makan dengan kawan-kawan atau jiran-jiran tetangga atau pun gang ahli mesorat tingkap...hehehee #sayasayangkawansaya #sayasayangjiransaya ;-)

ROTI JALA

Bahan-bahan:
1 kg tepung gandum
1 sdt garam
1 sdb marjerin - cairkan
1 sdb minyak jagung
1 biji telur
sedikit pewarna kuning
Air secukupnya (lebih kurang 4 cawan air)

Cara-cara:

  • Satukan kesemua bahan kacau rata dengan whisk kemudian masukkan ke dalam blender, blend hingga sebati.
  • Masukkan adunan dalam botol / acuan roti jala.
  • Panaskan kuali leper (guna yang non-stick lagi bagus sebab tak perlu sentiasa sapu minyak).
  • Oleskan dengan sedikit minyak.
  • 'Jalakan' adunan atas kuali masak hingga roti jala lekang sendiri daripada kuali, angkat dan gulungkan ia.

cikNor 'jalakan' macam tu, ada orang jalakan pusing-pusing macam bentuk bunga...
cikNor suka buat jala petak-petak macam tu sebab lagi cepat dan kemas cantik bila digulung.

Kawan roti jala sudah semestinya kari...yang tu kari ayam. 

KARI AYAM

Bahan-bahan:
1 ekor ayam dipotong kecil
3 biji ubi kentang dibelah empat
1 kotak kecil santan (cikNor guna KARA, kalau nak guna santan segar pun boleh)
1 1/2 cawan air
2 labu bawang besar - kisar
1 in halia - kisar
3 ulas bawang putih - hiris tipis
4 ulas bawang merah - hiris tipis
3 tangkai daun kari
1 peket kecil rempah kari daging
2 biji tomato belah empat
1 sdb kerisik
2 in kulit kayu manis
1kuntumbunga lawang
garam secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara:
  • Panaskan minyak, tumis bawang merah hingga kekuningan kemudian masukkan bawang putih, kulit kayu manis, bunga lawang dan daun kari.  Tumis hingga garing dan wangi.
  • Kemudian masukkan bahan yang dikisar dan rempah kari dan tomato, masak hingga garing dan wangi.
  • Masukkan ayam, kentang, santan dan air.
  • Perisakan dengan garam.
  • Masak hingga hingga ayam dan kentang empuk. 

Jom makan...

Monday, October 31, 2016

Asyura Kedah

Assalamualaikum wbt...
Holla...

Jom masak asyura Kedah pulak. Family cikNor Utara-Selatan jadi untuk berlaku adil kita buatlah dua-dua versi.



ASYURA KEDAH

Bahan-bahan:
2 cawan beras (rendam semalaman, toskan dan kisar)
1 cawan tepung beras (cap bunga teratai)
2 cawan gula merah - masak dengan 2 cawan air kemudian tapis
6 cawan air
5 biji pisang awak - potong kecil
1/2 biji labu - potong dadu
1/2 kg santan pekat
1 biji keledek oren - potong dadu & rebus empuk
1 biji keledek putih - potong dadu & rebus empuk
1 tin jagung
1 1/2 cawan kacang hijau - rendam kemudian rebus empuk
1 cawan kacang merah - rendam kemudian rebus empuk
3 helai daun pandan
sedikit garam
*bahan campuran atas pilihan masing-masing.  cikNor letak yang cikNor suka jer...hehehee

Cara-cara:

  • Satukan beras kisar, tepung beras, air dan santan.  Kacau bahan tersebut sebati.
  • Kemudian masak atas api. Masukkan gula merah dan daun pandan. Campuran tersebut hendaklah sentiasa dikacau.
  • Masukkan garam dan teruskan kacau hingga meletup-letup.  Kemudian masukkan ubi dan semua kekacang tadi.  Terus kacau adunan tersebut hingga benar-benar masak.
  • Terus kacau hingga adunan menjadi kental anggaran 1 1/2 - 2 jam.
  • Tuangkan asyura dalam bekas dan sejukkan.
*cikNor suka makan yang panas-panas...nyumm...nyummmm


First time buat, jadi masa tengah masak tu sambil ber-whatsApp dengan mak sedara cikNor kat Kedah tanya macam mana nak tau asyura dah masak...hahahaa, memasak secara PJJ.
Katanya kalau dah macam nampak pekat dan bila dikacau tak lekat di kuali tu tandanya da masak...


Siap masak cikNor sejukkan dalam bekas-bekas tu, macam biasa hantar kat jiran-jiran dan kawan-kawan terdekat.  Bekas kaler merah tu cikNor bawa ke tempat kerja, belanja kawan-kawan sekerja. Untuk diri sendiri cikNor amik 1 bekas kecik jer...sebab bukan nak makan banyak sangat pun just lepaskan rasa teringin jer.  Yang pasti masa baru angkat panas-panas tu cikNor da makan (^_^)

P/S - pastikan keadaan fizikal tangan kuat nak buat asyura sebab mengacaunya ala-ala macam nak buat dodol...hehehee
SELAMAT MENCUBA