villakamimicasamawar

Tuesday, November 26, 2013

Jus Roselle

Assalamualaikum wbt...
holla semua, moga-moga sihat hendaknya (^_^)
Pernah minum jus roselle??? Rasanya masam-masam manis macam air ribena...sedappp, nak pulak kalau letak ais...hurmm...terasa nyaman di tekak.

sumber : majalah impiana karangkraf  
Itu rupa buah roselle di dahan pokoknya. Mommy cikNor banyak tanam pokok roselle ni, kalau setakat nak makan jem atau minum jus roselle boleh sesangat ler. cikNor biasanya minum jus roselle yang mommy cikNor buat tapi sejak dah pindah ke Jerantut kene lah buat sendiri...huhuuu...itu ari balik Jengka, mommy kasi bunga roselle...banyak jugaklah, hampir 1kg jadi cikNor pun berusahalah dengan tekunnya membuat jus roselle.

Nak membuat jus roselle ni senang jer, cuma perlukan sedikit kerajinan dan kesabaran sebab nak memproses bunga roselle yang berduri halus tu agak menyeksakan...(sampai terluka tangan cikNor masa mengerjakan bunga berduri ni...)
macam cantik jer...macam comey jer...macam bunga orkid kan???


Gunakan pisau, belah bunga roselle untuk keluarkan bijinya. Boleh refer kat gambar untuk keluarkan biji.
 Selepas tu cuci bersih dan tos.
Biji roselle yang dibelah...ada banyak biji benih warna hitam di dalamnya. Kalau nak tanam kita ambil biji benih hitam itu lah.

JUS ROSELLE
Bahan-bahan :
1kg bunga roselle
400 gm gula
air secukupnya (cikNor isi air hingga menutupi bunga roselle tu jer - anggaran 2 liter bagi 1 kg bunga roselle)

Caranya :

  • Masukkan bunga roselle ke dalam periuk.
  • Isikan air secukupnya, masak sehingga mendidih.
  • Masukkan gula, masak lagi sehingga gula larut sempurna.
  • Biarkan merenih selama 20 minit.
  • Angkat dan sejukkan.
  • Bila sudah sejuk tapis untuk mengasingkan bunga roselle tersebut.
  • Simpan dalam peti sejuk - maklum ler tiada pengawet jadi kena simpan dalam peti sejuk tau.
  • Bila nak minum boleh lah ambil sirap jus roselle dan campurkan dengan sedikit air kosong...kacau-kacau dah boleh diminum (letak air batu lagi sedap...).
P/S-
- Jangan letak banyak gula nanti sirapnya terlalu manis jadi terpaksa guna banyak air kosong. Banyak guna air kosong nanti kalernya akan jadi pudar, rasanya pun akan kureng...
- Bunga roselle yang ditapis tadi jangan dibuang sebab kita boleh buat jem pulak.

Saturday, November 23, 2013

Sambal Tahun

Assalamualaikum...
holla...cuti yang menggumbirakan...
Jom sharing menu kampung yang menjadi kesukaan cikNor. Menu ni boleh ditemui di Jengka 10...kat Jengka lain cikNor tak tau ler...heheee...(kat Wilayah Jengka ada 25 Jengka...jadi tak pastilah di semua Jengka boleh tak jumpe menu ni). 
Sambal Tahun...Mommy cikNor rajin jugak masak sambal tahun ni, nak-nak pulak time dia trimmed  pokok lengkuasnya. Bahan utama sambal tahun ini adalah LENGKUAS...hehee...mesti tak percaya kan??? Sedap ke??? Of course darling...sedappp !!! Lagi pedas lagi sedap.
Hurmmm...kenapa namanya sambal tahun erkk??? Namanya sambal tahun sebab ia tahan lama...maksudnya lagi banyak kali dipanaskan lagi sedaplah rasanya...dan lagi lamalah jangka hayatnya. Sambal tahun sedap dimakan dengan nasi putih atau dengan lemang dan nasi impit...cubalah...

SAMBAL TAHUN
Bahan-bahan :
500 gm lengkuas
1 mangkuk cili padi (kalau nak kurang boleh jugak tapi lagi pedas lagi sedap tau, yer lah namanya pun kan sambal gitu...mestilah kena pedas dik non kan...)
sedikit ikan bilis
2-3 keping asam keping
2 cawan santan
garam secukup rasa
sedikit serbuk kunyit (kalau nak guna kunyit hidup pun boleh...nanti tumbuklah yer)

Cara-caranya :
1)  Bersihkan lengkuas.
 2) Cuci dan buangkan tangkai cili padi.
3) Lengkuas yang sudah dibersihkan, racik lengkuas macam gambar tu.
4) Rebus lengkuas dan cili padi hingga lengkuas menjadi lembut (cikNor rebus dalam rice cooker, cepat lembut.)

5) Kemudian masukkan lengkuas dan cili padi ke dalam periuk lain (kalau guna rice cooker masa rebus) bersama-sama santan, asam keping, ikan bilis dan kunyit.

6) Masaklah hingga mendidih dan suaikan rasanya. Bila sudah masak elok boleh matikan api.

TA daaaa...

dah siap SAMBAL TAHUN.
p/s -
1) Boleh jugak letak kerang atau perut dalam sambal tahun ni tapi ikan bilis tetap kena masukkan untuk memberi perasa asli.
2) Kalau kuahnya terlalu pekat semasa dipanaskan boleh juga tambah sedikit lagi santan dan sesuaikan semula garamnya.
3) Resepi ni memang tak ada guna bawang tau...

Friday, November 22, 2013

Ikan Siakap Kukus

Assalamualaikum...
Holla, timbul tenggelam lak cikNor ni yer... (blogger suam-suam kuku lah katakan...hehee...)
Cuti sekolah ni penuh jugak aktiviti cikNor rupanya, online sppbs itu sudah semestinya tu belum campur dengan segala macam e- yang nak kene update...bosan jugak sebab bila nak online portal macam-macamlah kejadiannya, server under maintenance...huhuu...
Satu jer yang cikNor suka...membaking...

Sebelum kita tengok resepi kali ni jom layan cuppies dan kek hantaran yang cikNor buat minggu ni...



SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT CDA dan KHAIRUL ANUAR...moga kekal ke akhir hayat. Terima kasih order kek dan cuppies daripada cikNor. Kalau nak tahu Khairul Anuar tu bekas anak murid cikNor semasa sekolah rendah...hurmmm...dah kahwin pun...tak lama lagi ada cucu ler cikNor...hahahaa...

Oke, mari kita jamu mata dengan menu ringkas cikNor...Ikan Siakap Kukus. Sangat sedap dimakan semasa masih panas. Ini resepi "campak-campak" jer, bahan-bahannya pun yang mana ada dalam peti ais jer. Kalau nakkan ikan kukus yang sedap pastikan ikan betul-betul segar...


IKAN SIAKAP KUKUS
Bahan-bahan :
1 ekor ikan siakap (pastikan ikan segar yer dik non...)
2 inci halia muda (cikNor suka banyak halia kalau masak kukus...hilangkan bau hanyir ikan)
3 ulas bawang putih (dicincang)
1 labu bawang besar (potong bebaji)
2 batang serai (hiris serong)
sedikit cili padi (hiris serong)
sedikit bunga kobis
sedikit lobak merah
4 helai daun limau purut
sedikit daun ketumbar
1 sudu besar sos ikan
sedikit garam

Caranya :

  • ikan dibersihkan kemudian kelar-kelarkan dan lumurkan dengan sedikit garam
  • masukkan ikan ke dalam bekas yang sesuai untuk kukus.
  • letakkan semua bahan-bahan di atas kecuali daun ketumbar.
  • kukuslah selama 20 minit atau hingga masak, sebelum angkat masukkan daun ketumbar biarkan sekejap.
  • angkat dan perahkan limau nipis sebelum dihidang.
*cikNor kukus guna microwave...jadi masukkan semua bahan, setting bahagian steam set masa 20 minit...wallahhh...selepas 20 minit ikan masak elok, sayur-sayur tu pun segar dan tak lodoh.

Selamat mencuba...jom masak ikan kukus (^_^)


Saturday, November 16, 2013

Kek Neapolitan

Hollaaaa...
sebagaimana yang dijanjikan cikNor jengah ke sini semula (janji ditepati bukan dicapati...hehehee...)
of course ler update pasal kek yang cikNor dah hasilkan.

cikNor jumpe masa blogwalking kat blog omputeh...cumanya cikNor ubah sikit-sikit untuk disesuaikan dengan citarasa cikNor...hehee... 

Kek Neapolitan ni cikNor buat sempena birthday "Rama-Rama Kecil" cikNor. cikNor memang buat majlis birthday untuk semua anak murid cikNor. Majlis birthday tu dibuat dalam bulan Oktober lepas (kiranya ni entry tertunda lah yer...). Dalam majlis tu ada tiga orang yang berkongsi bulan yang sama campur dengan cikNor jadi empat kemudian tambah lagi seorang murid cikNor yang lahir dalam bulan November so jadi 5 orang semuanya...saja nak happykan diaorang...
Kek ni hampir rosak sebab terjatuh...nasiblah sempat diselamatkan.
Ini dalaman kek neapolitan ni. Mulanya cikNor nak buat layer dalam kek ni guna buttercream tapi tak berapa nak rajin pulak...hehee...lastly guna fresh cream jer pastu campur dengan strawberry filling jadi ler ala-ala mousse gitu. Keknya pula boleh gunakan kek span atau kek chiffon, boleh jugak guna sponge mix yang dijual kat kedai jual barang bakery...mana yang mudah ler.

KEK NEAPOLITAN

Bahan-bahan untuk kek :
280 gm tepung sponge mix
5 biji telur gred A
80 gm minyak jagung
60 gm susu segar
sedikit coklat emulco
sedikit strawberry emulco
1/2 sudu teh esen vanilla

Caranya :

  • panaskan oven selama 15 minit pada suhu 180 celcius.
  • satukan tepung sponge mix, telur - pukul hingga gebu.
  • masukkan susu segar - pukul lagi hingga sebati, gebu dan ringan.
  • kemudian masukkan minyak jagung, kaup balikkan hingga sebati.
  • ambil adunan tersebut bahagi kepada empat bahagian - dua bahagian campur dengan coklat emulco, satu bahagian dengan strawberry emulco dan satu bahagian lagi dengan esen vanilla.
  • bakar setiap adunan dalam loyang saiz 7 inci yang telah digliss butter dan dilapik dengan baking paper. Adunan dibakar selama 35 minit atau hingga masak.
  • angkat dan keluarkan daripada loyang kemudian sejukkan atas redai.
atau kalau rajin, boleh guna resepi ini...(ini yang cikNor biasa guna, kalau ada resepi yang lain pun boleh jugak) 

Bahan untuk kek (chiffon):

Bahan A
5 biji telur merah (gred A)
30 gm gula kastor
60 gm minyak jagung
90 ml susu segar

Bahan B
120 gm tepung gandum

Bahan C
6 biji telur putih
1/2 sdb jus lemon / 1sdt cuka
60 gm gula kastor

Bahan D
esen vanilla
coklat emulco
strawberry emulco

Caranya :
  • satukan telur kuning dan gula kastor - kacau sebati.
  • masukkan minyak dan susu segar - sebatikan.
  • kemudian masukkan tepung yang telah diayak - kaup balik sebati.
  • putih telur pukul hingga berbuih, masukkan jus lemon atau cuka dan gula - pukul hingga kental
  • masukkan 1/3 adunan putih telur dalam adunan tepung, kacau sebati.
  • tuang adunan baki putih telur dalam adunan tersebut kaup balikkan perlahan-lahan.
  • bahagi kepada empat bahagian - campurkan setiap bahagian dengan coklat emulco (yang coklat buat dua bahagian), strawberry emulco dan vanilla.
  • masukkan dalam loyang saiz 7" - bakar selama 35 minit dengan suhu 160 celcius -170 celcius.
  • apabila sudah masak, angkap terbalikkan kek dalam loyang selama 10 minit kemudian baru keluarkan - kek chiffon ni cerewet sikit kadang tu tak menjadi elok, mengecut.
Bahan untuk layer kek :

Bahan A
1 cawan fresh cream
sedikit strawberry filling
- pukul fresh cream hingga agak pekat (tak perlu kental sebab bila dicampur dengan filling strawberi ia akan jadi kental) kemudian masukkan strawberry filling kacau hingga sebati.

Bahan B
1 cawan fresh cream
1/2 sdt serbuk vanilla
- pukul fresh cream hingga kental, kemudian masukkan serbuk vanilla sebatikan.

Bahan C
Coklat Nutella secukupnya

Bahan D
coklat chip perisa coklat dan strawberry

Cara assemble kek :
  • letak kek coklat sapu dengan coklat Nutella.
  • kemudian tutup bahagian coklat dengan kek strawberry, lapiskan dengan Bahan A.
  • tutup bahagian strawberry dengan kek vanilla, lapiskan dengan fresh cream yang diperisakan vanilla.
  • kemudian hiaskan ikut kreativiti.
Kek ini rasa seakan-akan aiskrim, anak murid cikNor sangat suka hingga menambah-nambah makannya. Selamat mencuba.

Akhirnya...

Assalamualaikum...
Holla...
akhirnya barulah cikNor berkesempatan untuk menjengah villakamimicasamawar setelah sekian lama "bercuti". cikNor memang tak mampu nak sentiasa meng-update entry memandangkan sibuknya mengalahkan YB yang baru lepas menang bertanding pilihan raya...sungguh...memang tak mampu.
Sibuk dengan aktiviti co-business cikNor sebagai pendidik dan sibuk dengan hobi membaking cikNor...
Cuti sekolah baru jer bermula...harap-harap sempatlah meng-update entry.

TAHNIAH, buat calon-calon UPSR 2013 yang mendapat keputusan cemerlang!!! Buat yang kurang berjaya, jangan berputus asa sebab perjalanan kamu masih panjang jadi berusahalah untuk menebus kegagalan tersebut. KADANG-KADANG KITA PERLU GAGAL UNTUK MEMBINA KEJAYAAN...sebab apabila gagal kita akan lebih berhati-hati.

Alhamdulillah, sekolah cikNor mendapat keputusan 100% lulus buat kali ketiga...(dapat New Deal lagi, maka bersedia lagi sekalilah pemantauan NKRA daripada Kementerian Pelajaran...huhuu...). Tiga orang murid mendapat keputusan 5A. Tahniah, juga buat sekolah en Husband kerana mencatat sejarah sebagai sekolah dalam ranking pertama untuk daerah Jerantut dengan empat orang calon mendapat 5A dan juga 100% semua lulus...hurmm...sekolah cikNor kalah satu calon jer dengan sekolah en Husband. Sekolah kitaorang berada dalam kelompok Sekolah Kurang Murid...calon tak ramai tapi untuk maintain % sangat sukar sebab seorang calon mempengaruhi jumlah % yang sangat besar. TAHNIAH, buat semua insan yang bergelar pendidik.

Dalam masa sibuk dengan aktiviti sekolah sempat jugak membaking. Jom layan gambar-gambar di bawah...ini antara kek yang mendapat permintaan yang sangat tinggi.
Order from Puan Rohana Ramli

Order from Puan Rusmaniah Ahmad

Ini untuk "Rama-Rama Kecil" cikNor, murid-murid tahun 2

Order from Puan Juliahaliana Johari

Order from Puan Hafidah Abdul Rahman
haaa...itulah, itu kek yang menduduki carta selepas kek Red Velvet. Rupanya cantik dan of course ler sedap
sebab dipenuhi dengan coklat...budak-budak sangatlah sukeeee...hehee...

Insyaallah, nanti malam cikNor update lagi yer. Entry ni sebagai intro untuk warm up (^_^)
bye...bye...jumpa dalam beberapa jam lagi.


Wednesday, October 2, 2013

Snow Skin Red Bean Mooncake

Assalamualaikum...Holla...
gumbira sungguh hati cikNor sebab berjaya mencapai impian makan mooncake...
wahh, macam mengidam pulak!!!
Apa yang lebih menggumbira lagi bila mooncake hasil air tangan sendiri...
saya suka...saya suka!!!
Habis semua blog mat salih dan rakan-rakan chinese cikNor jelajah semata-mata nak cari resepi snow skin mooncake ni....tak lupa jugak blog kak Ros Sinaran Menu, thanks akak (^_^) daripada blog kak Ros cikNor ubah sikit-sikit kuantiti bahan sebab nak sesuaikan dengan citarasa cikNor...hehee...kak Ros mintak halalkan yer...

Akhirnyaaa....tAdAAaaa...my first mooncake, tak kisahlah dah abes bulan mooncake pun yang penting Malaysia Boleh, cikNor pun BOLEH !!! hahaaa...

Memang tidak mengecewakan...sedap sangat...snow skin mooncake ni jenis chill tak perlu baked. Bila dah google barulah cikNor tahu rupanya ada macam-macam versi mooncake...jelly mooncake, chocolate mooncake, traditional mooncake (baked)...geram nak try semua tapi bagi junior cam cikNor ni baiklah cuba yang mudah dulu...snow skin mooncake...hehee.

SNOW SKIN RED BEAN MOONCAKE
(dapat 14 biji guna acuan mini)

Bahan-bahan :
195 gm tepung Koh Fun (tepung beras pulut goreng)
220 gm gula icing
225 ml air dingin (air dari peti sejuk)
3 sd besar shorterning
3 sd besar susu segar (dari peti sejuk)
1/2 sd teh esen pisang (ikut citarasa - tapi serius best guna esen pisang, wangi sangat...)

Cara-cara :
  • tepung Koh Fun dan gula icing diayak.
  • masukkan shorterning kemudian gaul hingga jadi seperti serbuk roti.
  • esen pisang dicampur dalam susu segar, kemudian masukkan dalam adunan tepung gaulkan.
  • masukkan air sedikit demi sedikit sambil diuli hingga doh jadi lembut dan licin.
  • rehatkan doh 10 minit.
Cara Membuat Mooncake :
  • bulat-bulatkan inti - cikNor timbang 30 gm.
  • adunan tepung pula cikNor timbang 50 gm.
  • canaikan adunan tepung dan gelekkannya, jangan nipis sangat tau...kemudian balut inti dengan tepung, bulatkan semula.
  • sapu acuan dengan tepung Koh Fun (supaya tidak lekat dan mudah untuk keluarkan mooncake), masukkan adunan yang siap dibulat-bulatkan tadi kemudian tekan padat-padat.
  • dengan penuh kasih sayang keluarkan mooncake daripada acuan.
  • kemudian simpan dalam peti sejuk sebelum dimakan (snow skin mooncake boleh disimpan selama 5 hari di dalam peti sejuk).
*tepung Koh Fun boleh dibeli dari kedai yang membekalkan bahan bakery. Hasil daripada meng-google cikNor dapat jugak alternative cara nak buat tepung Koh Fun sendiri tapi agak leceh dan tepung yang dihasilkan tak begitu putih, ada kaler perang sikit...kalau tak ada kat kedai bakery bolehlah cuba buat kot.

Homemade Koh Fun
  • kukus tepung pulut selama 30 min.
  • kemudian masukkan ke dalam bekas tahan microwave yang dilapik dengan parchment paper, mengguna suhu tinggi masak selama 1 minit (kalau microwave yang power kuasanya buat 30 saat jer)...sambil tu kene sekali-sekala kacau-kacau supaya sekata perang. Masa yang diambil untuk baked dalam microwave bergantung pada kuantiti tepung.
  • boleh juga baked dlm oven hingga perang (kacau sekali-sekala) guna suhu 160c...masa bergantung pada kuantiti tepung.
hurmmm...macam lecehn jer kan??? tu pasal cikNor beli jer yang ready made :)


Ini rezeki kawan-kawan di tempat kerja cikNor dan en Hubby...bawa sorang 1 tupperware,
belanja kawan-kawan mooncake.
IKLAN KitKat sekejap...
cikNor buat sendiri inti kacang merah ni sebab tak nak manis sangat, sebab selalunya yang ready made manis sikit lagi pun aunty kat Sunflower Bakery cakap lotus paste yang memang untuk mooncake dah abes (yang tu kurang manis...kata aunty tu ler...)
dan yang paling penting lagi inti tu cikNor blend kasar sebab nak bagi rasa kacang...hahaa...boleh cam gitu :)
yer lah klu yang ready made tu kan halus mulus kacangnya...

INTI KACANG MERAH

Bahan-bahan :
600 gm kacang merah
1 cawan gula pasir - kalau suka manis boleh tambah lagi
3 sd besar minyak jagung
1 sd besar tepung gandum
2 helai daun pandan
Air secukupnya

Cara-cara :
  • basuh dan rendam kacang selama 1 - 2 jam, kemudian toskan air.
  • masukkan kacang dalam periuk dan isi air secukupnya.
  • rebus selama 1 jam, matikan api biarkan selama 2-3 jam.
  • kemudian rebus semula hingga empuk - kalau air diserap kacang sila tambah lagi.
  • SEBENARNYA cikNor guna cara yang paling cepat...
  • cikNor rebus dalam rice cooker 1 jam, matikan suis...biarkan kacang terendam dalam periuk selama 2 - 3 jam (jangan buka tudung periuk). Air rebusan diserap oleh kacang...hasilnya kacang dah empuk tak perlu rebus lama pun.
  • sejukkan kacang kemudian masukkan dalam food processor, kisar kasar (ini ikut citarasa sama ada nak halus atau kasar)
  • masukkan kacang kisar, gula, air (anggaran 3 cawan) dan daun pandan...kemudian kacau-kacau guna api perlahan.
  • bila adunan agak likat masukkan minyak dan tepung terus kacau supaya tidak hangit di bawah sebab nanti inti bau hangus.
  • terus mengacau hingga adunan kering dan mula berketul...matikan api, sejukkan...sedia untuk diguna.
  • HATI-HATI masa proses membuat inti sebab sebelum air mengering ia meletup-letup macam kawah gunung berapi...hehehee
Sapu tepung Koh Fun pada papan canai, roll pin dan tangan supaya tidak
melekat-lekat.


Ini masih amatur...tapi bolehlah kalau nak buat makan dengan family (^_^)
Selamat mencuba.

Monday, September 30, 2013

Red Velvet Cupcake

Wahhh...akhirnya, cikNor berjaya jugak meng-update blog cikNor yang suam-suam kuku ni...hehee...
Fuhh...fuhh...berhabuk sudaa...mari kesat-kesat...mari vacum debu-debuan (eh, betul ke ni debu-debuan...hahaa...)

Bukan tak ada cerita nak digebangkan, bukan tak ada kisah nak diautakan tapi jawapan klise...
"ai busy la yunk!!!"
Sebenarnya hati ini menggeletis nak update blog sebab nak menayang mini cupcake red velvet kita yang sungguh menggoda selera yang boleh menyebabkan diet tolak tepi...hehehe(ciss...riak sungguh tu!)
Resepi ni sama aje macam red velvet yang biasa cikNor buat cuma yang ini di-cupcake-kan sebab dak Eisya nak bawa ke sekolah sempena Jamuan Merdeka Raya. Bila dibuat cumel-cumel cam gini senanglah sikit rama-rama kecil tu nak makan...amik sebiji terus ngap ajer...








RED VELVET CUPCAKE

Bahan-bahan :

5 biji telur gred B
250 gm unsalted butter
3 cawan tepung naik sendiri
3 tbs serbuk koko
2 cawan gula kastor
4 tbs pewarna merah
1/3 tsp garam halus
1 tbs baking powder
1 tbs cuka
1 cawan buttermilk

*Homemade buttermilk
1 cawan susu segar dicampur dengan 1 sudu besar cuka, biarkan seketika sebelum diguna (anggaran 15 minit)

Cara-cara :

  • Panaskan oven 180c (15-20 minit).
  • Tepung, serbuk koko dicampur dan diayak. 
  • Mentega dan gula dipukul kembang, masukkan telur sebiji-sebiji sampai habis.
  • Campurkan pewarna merah ke dalam buttermilk, kacau sebati.
  • Masukkan tepung ke dalam adunan butter secara berselang-seli > tepung + buttermilk + tepung + buttermilk + tepung...pukul perlahan hingga sebati.
  • Kemudian tinggikan speed pukul lagi hingga adunan kembang dan ringan.
  • Masukkan  adunan red velvet ke dalam cawan kertas,
  • Bakar selama 30 minit suhu 180c.
  • Sejukkan dulu sebelum dihias.
Cara membuat cream cheese frosting :

250 gm cream cheese
100 gm butter
1 cawan coklat putih - cair
1 cawan gula

  • Butter dan gula dipukul hingga gebu, kemudian masukkan coklat putih.
  • Pukul lagi adunan tersebut hingga berkrim.
  • Dalam bekas lain pukul cream cheese hingga berkrim.
  • Campurkan adunan butter ke dalam cream cheese pukul lagi hingga gebu dan berkrim.
  • Sedia untuk dihias atas cupcake.