villakamimicasamawar

Wednesday, October 2, 2013

Snow Skin Red Bean Mooncake

Assalamualaikum...Holla...
gumbira sungguh hati cikNor sebab berjaya mencapai impian makan mooncake...
wahh, macam mengidam pulak!!!
Apa yang lebih menggumbira lagi bila mooncake hasil air tangan sendiri...
saya suka...saya suka!!!
Habis semua blog mat salih dan rakan-rakan chinese cikNor jelajah semata-mata nak cari resepi snow skin mooncake ni....tak lupa jugak blog kak Ros Sinaran Menu, thanks akak (^_^) daripada blog kak Ros cikNor ubah sikit-sikit kuantiti bahan sebab nak sesuaikan dengan citarasa cikNor...hehee...kak Ros mintak halalkan yer...

Akhirnyaaa....tAdAAaaa...my first mooncake, tak kisahlah dah abes bulan mooncake pun yang penting Malaysia Boleh, cikNor pun BOLEH !!! hahaaa...

Memang tidak mengecewakan...sedap sangat...snow skin mooncake ni jenis chill tak perlu baked. Bila dah google barulah cikNor tahu rupanya ada macam-macam versi mooncake...jelly mooncake, chocolate mooncake, traditional mooncake (baked)...geram nak try semua tapi bagi junior cam cikNor ni baiklah cuba yang mudah dulu...snow skin mooncake...hehee.

SNOW SKIN RED BEAN MOONCAKE
(dapat 14 biji guna acuan mini)

Bahan-bahan :
195 gm tepung Koh Fun (tepung beras pulut goreng)
220 gm gula icing
225 ml air dingin (air dari peti sejuk)
3 sd besar shorterning
3 sd besar susu segar (dari peti sejuk)
1/2 sd teh esen pisang (ikut citarasa - tapi serius best guna esen pisang, wangi sangat...)

Cara-cara :
  • tepung Koh Fun dan gula icing diayak.
  • masukkan shorterning kemudian gaul hingga jadi seperti serbuk roti.
  • esen pisang dicampur dalam susu segar, kemudian masukkan dalam adunan tepung gaulkan.
  • masukkan air sedikit demi sedikit sambil diuli hingga doh jadi lembut dan licin.
  • rehatkan doh 10 minit.
Cara Membuat Mooncake :
  • bulat-bulatkan inti - cikNor timbang 30 gm.
  • adunan tepung pula cikNor timbang 50 gm.
  • canaikan adunan tepung dan gelekkannya, jangan nipis sangat tau...kemudian balut inti dengan tepung, bulatkan semula.
  • sapu acuan dengan tepung Koh Fun (supaya tidak lekat dan mudah untuk keluarkan mooncake), masukkan adunan yang siap dibulat-bulatkan tadi kemudian tekan padat-padat.
  • dengan penuh kasih sayang keluarkan mooncake daripada acuan.
  • kemudian simpan dalam peti sejuk sebelum dimakan (snow skin mooncake boleh disimpan selama 5 hari di dalam peti sejuk).
*tepung Koh Fun boleh dibeli dari kedai yang membekalkan bahan bakery. Hasil daripada meng-google cikNor dapat jugak alternative cara nak buat tepung Koh Fun sendiri tapi agak leceh dan tepung yang dihasilkan tak begitu putih, ada kaler perang sikit...kalau tak ada kat kedai bakery bolehlah cuba buat kot.

Homemade Koh Fun
  • kukus tepung pulut selama 30 min.
  • kemudian masukkan ke dalam bekas tahan microwave yang dilapik dengan parchment paper, mengguna suhu tinggi masak selama 1 minit (kalau microwave yang power kuasanya buat 30 saat jer)...sambil tu kene sekali-sekala kacau-kacau supaya sekata perang. Masa yang diambil untuk baked dalam microwave bergantung pada kuantiti tepung.
  • boleh juga baked dlm oven hingga perang (kacau sekali-sekala) guna suhu 160c...masa bergantung pada kuantiti tepung.
hurmmm...macam lecehn jer kan??? tu pasal cikNor beli jer yang ready made :)


Ini rezeki kawan-kawan di tempat kerja cikNor dan en Hubby...bawa sorang 1 tupperware,
belanja kawan-kawan mooncake.
IKLAN KitKat sekejap...
cikNor buat sendiri inti kacang merah ni sebab tak nak manis sangat, sebab selalunya yang ready made manis sikit lagi pun aunty kat Sunflower Bakery cakap lotus paste yang memang untuk mooncake dah abes (yang tu kurang manis...kata aunty tu ler...)
dan yang paling penting lagi inti tu cikNor blend kasar sebab nak bagi rasa kacang...hahaa...boleh cam gitu :)
yer lah klu yang ready made tu kan halus mulus kacangnya...

INTI KACANG MERAH

Bahan-bahan :
600 gm kacang merah
1 cawan gula pasir - kalau suka manis boleh tambah lagi
3 sd besar minyak jagung
1 sd besar tepung gandum
2 helai daun pandan
Air secukupnya

Cara-cara :
  • basuh dan rendam kacang selama 1 - 2 jam, kemudian toskan air.
  • masukkan kacang dalam periuk dan isi air secukupnya.
  • rebus selama 1 jam, matikan api biarkan selama 2-3 jam.
  • kemudian rebus semula hingga empuk - kalau air diserap kacang sila tambah lagi.
  • SEBENARNYA cikNor guna cara yang paling cepat...
  • cikNor rebus dalam rice cooker 1 jam, matikan suis...biarkan kacang terendam dalam periuk selama 2 - 3 jam (jangan buka tudung periuk). Air rebusan diserap oleh kacang...hasilnya kacang dah empuk tak perlu rebus lama pun.
  • sejukkan kacang kemudian masukkan dalam food processor, kisar kasar (ini ikut citarasa sama ada nak halus atau kasar)
  • masukkan kacang kisar, gula, air (anggaran 3 cawan) dan daun pandan...kemudian kacau-kacau guna api perlahan.
  • bila adunan agak likat masukkan minyak dan tepung terus kacau supaya tidak hangit di bawah sebab nanti inti bau hangus.
  • terus mengacau hingga adunan kering dan mula berketul...matikan api, sejukkan...sedia untuk diguna.
  • HATI-HATI masa proses membuat inti sebab sebelum air mengering ia meletup-letup macam kawah gunung berapi...hehehee
Sapu tepung Koh Fun pada papan canai, roll pin dan tangan supaya tidak
melekat-lekat.


Ini masih amatur...tapi bolehlah kalau nak buat makan dengan family (^_^)
Selamat mencuba.