villakamimicasamawar

Monday, October 31, 2016

Asyura Johor

Assalamualaikum wbt...
Holla... (^_^)

cikNor mau share resepi Asyura...suka tak??? heheee...Okay tak nak melalut panjang sebab bukan selalu cikNor dapat update blog, tak mau cakap sibuk / tak de masa / tak sempat atau yang sewaktu dengannya...




ASYURA JOHOR

Bahan A:
4 cawan beras - basuh dan toskan
1 kg daging - rebus seketika dan buang buih-buih hitam di permukaan air rebusan (untuk hilangkan bau hanyir lembu)
2 batang lobak merah - potong dadu
2 biji kentang - potong dadu

*beras yang sudah siap dicuci dan tos tu cikNor masukkan dalam slow cooker dan masak hingga kembang. Kalau tak ada slow cooker boleh jer masak dlm rice cooker cumanya kena jaga la sikit sebab takut melimpah.

*apabila beras tersebut sudah kembang pindahkan ke dalam periuk yang lebih besar dan masukkan daging yang telah direbus tadi bersama air rebusannya.

*ataupun boleh terus tanak nasi dalam periuk besar.

Bahan B:
20 biji bawang merah
10 biji bawang putih
2 inci halia
1 sdb lada sulah
(satukan semua bahan tersebut kemudian kisar halus)
2 batang lobak merah - kisar halus
3 batang celery - kisar halus
2 batang leak - kisar halus

Bahan C:
4 sdb rempah sup
3 sdb rempah kurma
3 sdb rempah briyani
1 cawan air panas
(satukan semua bahan, biar seketika supaya rempah kembang)

Bahan D:
1 liter santan (cikNor guna santan kotak)
3 biji bawang besar - hiris
Sedikit garam
1 sdt perencah secukup rasa Maggi
Rempah tumis secukupnya (kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga)
Minyak untuk menumis

Bahan tabur:
Bawang goreng
Daun sup
Daun bawang
Telur dadar dihiris tipis

Cara-cara:

  • Nasi dan daging dimasak dengan api perlahan.  Masukkan lobak merah dan kentang yang telah didadu.
  • Panaskan minyak di dalam kuali kemudian masukkan rempah tumis dan bawang besar. Tumiskan bahan tersebut hingga bangkit baunya.
  • Kemudian masukkan Bahan B, masakkan hingga pecah minyak seterusnya masukkan Bahan C.  Masak kesemua bahan tersebut hingga rempah tersebut garing.
  • Apabila telah garing tuangkan ke dalam periuk berisi nasi tadi, kacau supaya rempah tersebut sebati dengan nasi.
  • Masukkan santan dan perisakan dengan garam dan rempah secukup rasa Maggi. Masak hingga mendidih.
  • Apabila kentang, lobak merah dan daging telah empuk bolehlah dimatikan apinya.
  • Hidangkan dengan taburan bawang goreng, daun sup, daun bawang dan telur dadar.
Bahan tabur - daun sup, daun bawang, telur dadar & bawang goreng.


Dapat 1 periuk 1 kuali, sebab malas nak cari periuk besar . Lagi pun 2 bekas tu non-stick jadi tak de la risau hangit atau berkerak kat bawah.  Heheee...nak mudah jer kannn...


Yang dalam bekas-bekas tu cikNor hantar kat jiran-jiran dan kawan-kawan terdekat. Alhamdulillah, dorang kata sedap dan first time makan sebab biasanya asyura negeri Pahang macam lain, manis dan berempah.  Insyaallah...nanti cikNor share resepi asyura Pahang pulak.


P/S- ini resepi original cikNor jadi cikNor sendiri tak pasti kalau Johorian yang lain masak asyura bagaimana...#jangankecamsaya #sharingiscaring

SELAMAT MENCUBA 
DAN
SELAMAT MENJAMU SELERA.


No comments:

Post a Comment