villakamimicasamawar

Monday, October 31, 2016

Roti Kerca

Assalamualaikum wbt...
Holla...


ROTI KERCA

Bahan Roti:
1/2 kg tepung gandum
3 biji telur
1/4 sdt garam
4 cawan air
sedikit serbuk kunyit / pewarna kuning (optional)
minyak untuk sapu pada kuali

Cara-cara:
  • Satukan semua bahan kemudian blend halus supaya tiada ketulan.
  • Panaskan kuali non-stick, sapu sedikit minyak, kemudian sendukkan adunan tepung dalam kuali, lenggangkan supaya nipis sekata.
  • Biarkan seketika hingga masak (tak perlu terbalikkan) kemudian angkat dan gulungkan macam kuih ketayap.


KUAH

Bahan-bahan:
400g daging / ayam cincang
1 kotak kecil santan
3 cawan air
30g rempah kari daging
4 cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
4 cm halia - kisar
4 ulas bawang putih - kisar
10 ulas bawang merah - kisar
200g tomato puree
garam dan gula secukupnya
minyak untuk menumis

Cara-cara:
  • Panaskan minyak, tumis kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga hingga wangi kemudian masukkan bahan yang dikisar masak hingga garing.
  • Kemudian masukkan rempah kari dan letak sedikit air, masak rempah hingga berbau harum dan pecah minyak.
  • Masukkan daging / ayam cincang dan tomato puree masak hingga terbit minyak kemudian masukkan santan, air, garam dan gula secukup rasa (air boleh dimasukkan mengikut kepekatan yang diingini).
  • Masak hingga mendidih dan pekat kemudian bolehlah dimatikan api.

Hiasan / Tabur:
Daun sup - hiris halus
Bawang goreng

Cara Menghidang Roti Kerca:
  • Roti yang digulung tadi dipotong serong.
  • Letak roti yang telah dipotong kemudian siramkan dengan kuah.
  • Taburkan daun sup dan bawang goreng.

Tips bawang goreng rangup:
*gunakan bawang merah ros (kalau di pasar raya ada banyak jenis bawang merah jadi pilih yang tulis bawang merah ros, biasanya mahal sikit daripada bawang merah lain).
- bawang merah dihiris tipis kemudian gaul dengan sedikit tepung jagung.
- panaskan minyak goreng hingga kuning, angkat toskan.
- sejukkan sebelum simpan dalam bekas kedap udara.



 Ini roti kerca kuah banjir...heheee...


SELAMAT MENCUBA (^_^)

No comments:

Post a Comment